Yeah!
HAHA ini kembali blogging sekejap.
Sementara cuti yang ada lagi 4 bulan lagi ni, nak tulis entri merapu jap.
OK.
Actually, this entry will be especially dedicated to my Merbokian juniors.
Jadi, apakah
9 Perkara Merapu untuk pelajar-pelajar Part 3 Asasi Law Merbok?1. Be Happy dengan persekitaran anda.Come on Merbokian. Merbok taklah teruk mana kan? Bukannya ada lembu-lembu/kerbau-kerbau kat dalam tu yang bergelimpangan di padang Stadium Mini. Merbok is a good place to study. Lagipun, kalau korang benci perfume semula jadi Merbok pada Sem 1 dan 2 dulu, Idy tak rasa Sem 3 korang akan benci sangat dah eh. Hidung dah lali nanti. Serius, bau tu dah tak POWER dah untuk hidung kita. Anggap je bau tu macam DKNY Be Merbok-licious. =D
Also, Merbok cantik jugak kan? Last sem kita exam kat HALL BESAR owh! Best what! Siap ada pentas lagi. Nanti boleh lah bakat-bakat Prelawrians macam Amy Sakeyla perform di atas pentas tu. Ajak jugak Husaini Hicom, Munira Ismail n geng-geng teater untuk wat teater sekali. OK apa?
Dan just be happy the persekitaran Merbok. Pergi je tasik tu. Bukan ada apa-apalah. Takde Mak Leha versi cantik nak kejar-kejar korang. Kalau ada, buat tak tahu je dan baca lah ayat-ayat suci Al-Quran. (Lagu Bieber tolong jangan nyanyi, nanti lagi galak ada lah. )
2. Ayam Goreng FoodcourtKihkihkih! Sedap hingga menjilat jari! (By the way, KFC dah tukar slogan baru kepada 'So Good'. Tahu tak?)
Yer, Ayam Goreng FC ni popular uollz! Idy taktaw lah racun apa dia letak kat dalam tu sampai jadi santapan wajib kalau berkunjung ke Foodcourt time lunch. HEHE LUNCH BHAI~
Kat dalam kampus Merbok, rasanya memang tak ada ayam goreng yang sedap dah, hanya Ayam Goreng FC je yang boleh diagung-agungkan reka ciptanya. Silap-silap, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pun akan datang sebab keranggupan yang tak terhingga ayam goreng FC. Wow, itulah kekuatan Foodcourt UiTM Kedah. xDDD
(Maaf kalau terlebih exaggerated. HAHAHA.)3. Pilihanraya kelab bukan pilihanraya kebangsaan ok!Yer, students Law ni memang handal dalam current issues bagai. Lagi-lagi bab politik, kasi 1 kes, 10 bidasan dorang boleh kasi. Itulah betapa 'hebat'nya budak Law.
Tapi ingatlah, kita ni masih universiti level, kalau nak berpolitik pun, tunggulah dah degree ke? Sebab Idy punya pendapat lah, Asasi level tak sesuai lah nak berhavoc sana sini. Siap nak wat parti parti bagai. Parti Perikatan lah, Parti Nasional Malaysia lah, Parti Petai lah... Come on lah, Asasi level kot? Better korang wat parti hari jadi or kelas lagi best. Semua happy dan boleh menjalinkan silaturahim yang sihat. LOL~
So, kepada Ketua SPR this upcoming semester, tolonglah pantau sikit candidates. Jadi yang lebih baik dari SPR-SPR sebelumnya ok?
Dan kepada candidates, fikir lah sebelum nak submit your application. Sebabnya?
Well, HiCom ni satu tugas yang berat. Be ready to face objection in brainstorming and such. Luahan ikhlas daripada seorang bekas HiCom yang dipaksa bertanding dan langsung tak dapat adapt dengan rakan-rakan sejawatnya. =)
4. Bermesra-mesra lah dengan kawan, musuh dan lecturers.Ever heard 'Keep your friends close but enemy closer?'. Well, dalam konteks Idy ni, kita tak payah lah nak bermusuh-musuh sangat. What do we get dengan benci-benci orang ni? Last-last, kita jugak yang sakit hati dan panas je memanjang.
Ingat dulu satu kes terjadi kat Idy, kes benci-benci gak lah, well, it really does not bring any goods to you rather than worse thing keep on coming. Sampai kecoh gak lah kes ni. So yeah, I learned my lesson and I avoid to do the same mistake again. Sebab kalau kita kenal musuh kita juga, we will realize that he or she is great person too. Hanya stupid interpretation/misunderstand yang wat kita fikir bukan-bukan pasal mereka. =)
Also, apa salahnya kita sebagai student bermesra-mesra dan bermanja-manja dengan lecturers? Tak salah untuk kita treat them as our friends too.
Tapi 'friends' disini tak bermaksud macam ini,
kita jumpa lecturer je terus tolak-tolak bahu
dan cakap 'Weyh, sir nak ajar apa hari ni?'
Se-cool-cool Sir Wong yang ajar Ekonomi tu pun, kalau dapat student macam ni, mahu dia berangin satu badan. Silap hari, tindakan tatatertib lah untuk uollz. So be friendly and treat them with respect at the same time.
5. Law 3 tak susahYes, Law 3 indeed bukan susah sangat. Jangan mudah percaya lah kalau time korang part 2, tengok bekas-bekas senior duk golek-golek/meracau-racau/menangis-menangis dan mereka cakap Law 3 susah sangat. In fact, Law 3 kalau betul-betul study, tak susah sangat pun.
Korang tak caya Idy cakap? Well, ada tak dulu, time korang part 1 and then ada seniors yang cakap 'Psycho susah owh', 'Psycho payah nak fahamlah' dan etc.? Kalau ada, berikan tepukan kepada diri sendiri kerana anda berjaya masuk Part 3 tanpa perlu repeat Psychology. (Yang terpaksa repeat tu, idy doakan semoga berjaya. AMIN~)
A close friend
(Sekarang dia ambil Medik kat Ireland. JELESNYA! HAHAHA~) once told me that,
"Semua benda susah selagi kita tak cuba."
So, Idy sekarang just ikut philosophy tu saja untuk teruskan keyakinan for the upcoming future challenges. And untuk korang semua, Law 3 should be just fine kalau you really do understand the basic elements.
Dan ini my personal tips kalau dah malas sangat nak study Law 3. Tips adalah buat je Past Year Questions banyak-banyak dan baca yang itu je dah cukup. You won't be regret. =)
6. Jangan buat stress sangat hidup tuYeah! For me, orang yang dah habis Asasi kat Merbok tu, I think Merbok life is really easy-going and fun-packed. Cuba bayangkan Idy selalu je outing kot every weekends. HAHA~
Even time exam final tu pun, student-student nerds terus menerus study, tapi Idy? HAHA boleh main pusing-pusing Merbok pukul 3-4 pagi dengan Amin, Akram, Jimmy, Afiq, Bad, Abid. Bukan sekali, tapi 2 kali. Pulak tu, boleh plak main-main nak cari benda EHEM-EHEM
(Read as : Hantu). Sambil tu, saja nak main elak-elak kena tangkap dengan fakguard-fakguard UiTM DiHatiku. HEHE~
Bila fikir balik, memang lah gila dan macam bodoh pun ada. Tapi perkara macam persahabatan yang buat kehidupan di Universiti more valuable experiences. Dan at least, nanti kalau dah tua, boleh juga cerita dengan anak-anak, cucu-cucu yang kita dulu pun ada macam-macam wild experiences. Bukankah itu lagi menarik daripada cerita ini,
'Abah dulu kat universiti kan, study dari November 2009 hingga March 2011. Dan itu jelah kehidupan universiti abah.'(Read as: BORING!)Jadi, open up yourself to every kind of experiences. Tak mati pun cuba kan? =)
7. Bila rasa nak mengalah, paksa diri kita.It is a normal situation untuk kita mengalah bila kita sudah gagal nak perform dalam benda yang kita harapkan. Tapi, we cannot give up. Ada peribahasa Jepun mengatakan,
'Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali.'
Maksud roughly nya ialah, kehidupan memang banyak cabaran, tapi pada akhirnya, kemanisan kemenangan itu lebih bermakna kerana kita berjaya lepas dari kegagalan itu.
Semua pelajar akan mengalami benda ini dan kita kena teruskan perjuangan. Idy dulu pun pernah give up dan it takes up dekat sebulan untuk regain confidence untuk teruskan balik perjuangan. So, I believe that we can do it if we really never give up. Aja Aja Figthing! xD
8. Join aktiviti-aktiviti kampus dan PreLaw ClubHah! Ini satu masalah budak PreLaw kita. Malas sangat nak join aktiviti. Alasan popular sebab tak payah kupon pun sebab memang kami duduk dalam.
Yelah, memang lah dapat duduk dalam sampai habis asasi, tapi jangan lah jadi introvert sangat. Cuba bergaul-gaul/mesra-mesra dengan students faculty lain. Boleh jumpa jodoh, jumpa
musuh rakan baru dan sebagainya.
Macam kerajaan kita sekarang, kat Kedah pun ada kelab perkauman dan etc. Kalau nak kuatkan hubungan kaum, join lah GPMS. Kalau nak kena adventurous, joinlah KEREX club. Kalau nak training self-defense, masuk lah Kelab Silat. Dan kalau nak famous cepat, masuk Kelab Debate or Debat. Sure meletup kepopulariti anda.
Pulak tu, aktiviti PreLaw Club jangan plak tak join. Penat kot HiCom-HiCom handle. =.='
So, just join anything yang anda rasa anda suka. Ingatlah bahawa,
'Kita yang kawal masa, dan bukan masa yang kawal kita'9. Angkat tangan dalam kelas!Harap anda jangan salah faham dengan dialog famous filem Hantu Kak Limah Balik Kampung. =.='
Yes, kalau korang tak faham dalam kelas, angkat saja tangan untuk bertanya. Segarang-garang
Miss Sally tu, dia tak makan korang hidup-hidup. Just jelingan maut je. xDDD Hahaha gurau jap.
Lecturers akan jawab punya. Trusts me, lecturers lagi suka students involvement dalam kelas rather than dengar bunyi cicak or cengkerik berbunyi-bunyi sumbang. Cuba bayangkan situasi ini,
Lecturer tengah mengajar, later he or she pun cakap 'Anyone have any questions?'.Dan maka senyap lah seantero pelajar selama 15 saat tanpa satu pergerakan dan bunyi pun. Pelajar-pelajar hanya memandang lecturer itu seolah-oleh lecturer tu yang bersalah dalam kes ini. Tup tup terus jadi kes 'PreLaw Students v Lecturer' (OK, exaggerated!)Korang tak kesian ke lecturer duk kat depan tu? Dia dah semangat-semangat nak ajar, tapi korang buat dia macam tu? For me, lecturers Merbok semua sporting. Jadi, try to know them better. =)
OK, itu sahaja lah kot. Penat ni. Dekat 2 jam taip. HAHA~
Have fun juniors! Semoga kita jumpa lagi di future and maybe SHAH ALAM? =D
Sekian. TATA~
Idyvino Saha